Sukan

Chong Wei catat kemenangan pertama.


PELETAKAN jawatan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek tidak sedikit pun menjejaskan prestasi pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei apabila mencatat kemenangan pertama pada Kejohanan Badminton Siri Super Final Master di Taiwan, semalam.

Permainan pertama bagi Kumpulan A itu menyaksikan pemain nombor satu dunia, Chong Wei dengan mudah menundukkan pemain ranking kesembilan dari Vietnam, Tien Minh Nguyen apabila menang 21-12.

Permainan di set kedua, Chong Wei menerima saingan sengit sebelum menang 21-17.

Sementara itu, pada perlawanan kumpulan A, pemain Denmark, Peter Hoeg Gade menundukkan rakan senegara, Jan O Jorgensen, 21-11, 21-18, dan 21-16.

Bagi perlawanan hari ini, Chong Wei akan menentang O Jorgensen manakala, Peter Gade beraksi menentang Minh Nguyen.