Thursday, December 30, 2010

Tragedi angkara permainan seks

OKLAHOMA: Seorang lelaki muda yang mengaku sering mengacukan pistol ke kepala isterinya yang jauh lebih tua daripadanya ketika terbabit dalam permainan seks, kini menghadapi tuduhan membunuh apabila pistol itu meletup dan membunuh wanita berkenaan.

Arthur Sedille Yan, 23, yang begitu fanatik terhadap pistol memberi kerjasama kepada polis selepas ditahan dan memberitahu mereka, dia sering mengacu senjata itu pada kepala Rebecca, 50, ketika permainan seks di kediaman mereka di Oklahoma City.


Namun, Sedille mendakwa dia tidak tahu pistolnya berisi peluru pada malam kejadian dia mengacu pistol itu pada kepalanya, baru-baru ini.

Pistol itu meletup dan Rebecca mati serta-merta.


Sedille mungkin menghadapi tuduhan membunuh berhubung kematian Rebecca.


Menurut kertas pertuduhan yang disediakan polis, Sedille mendakwa kejadian itu tidak disengajakan dan menelefon 911 sebaik kejadian berlaku.

Penyiasat sebelum ini memutuskan untuk menangkap Sedille atas tuduhan membunuh dengan sengaja.


Bagaimanapun, mereka menimbang semula keputusan itu dan melakukan siasatan semula. Sedille akan ditahan dipenjara sehingga siasatan selesai.

Beberapa jalan ditutup sempena ambang tahun baru

KUALA LUMPUR 30 Dis. — Beberapa jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup esok, untuk memberi laluan kepada sambutan Ambang Tahun 2011 pada sebelah malamnya.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Nohd Noor dalam satu kenyataan hari ini berkata jalan yang terlibat ialah di sekitar Dataran Merdeka, Bukit Bintang, KLCC, Bangsar/Telawi dan KL Sentral.

Katanya jalan-jalan di Dataran Merdeka akan ditutup esok dari pukul 5 petang hingga 6 pagi hari berikutnya, manakala jalan-jalan di Bukit Bintang ditutup mulai tengah malam esok hingga 6 pagi 1 Januari.

Beberapa laluan lain juga dijangka ditutup secara berperingkat mengikut keadaan lalu lintas semasa, tambahnya.

Sejarah tercipta

DETIK KERAMAT...Safiq Rahim (kanan) menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

MALAYSIA mengesahkan status sebagai ‘Raja Asia Tenggara’ apabila dinobatkan juara baru Piala Suzuki AFF edisi kelapan apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

Kejayaan ini membolehkan Malaysia mencipta sejarah meraih kejuaraan kali pertama Piala AFF Suzuki sepanjang 14 tahun kejohanan ini mula dilangsungkan serta menjadi pasukan keempat bergelar juara selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium.

Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu.


Separuh masa pertama memang mendebarkan untuk jutaan rakyat Malaysia apabila Indonesia yang turun untuk mencari jaringan besar melancarkan serangan sejak minit pertama perlawanan lagi dengan sokongan kira-kira 200,000 penyokong di luar dan di dalam stadium.


Gandingan Cristian Gonzales dan Irfan Haarys Bachdim nyata menggugat apabila gandingan dua ''pemain asing' itu kerap kali menguji gawang Malaysia yang dikawal rapi Khairul Fahmi Che Mat.

Serangan bertali arus Indonesia itu akhirnya membuahkan hasil dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Australia, Peter Daniel Green selepas pemain pertahanan kanan, Mohd Sabre Mat Abu tersentuh bola di dalam kotak penalti.
Namun kecemerlangan Khairul Fahmi menafikan gol apabila menangkap kemas sepakan kapten Indonesia, Firman Utina.

Malah penjaga gol dari Kelantan itu berjaya menggagalkan beberapa percubaan lawan di separuh masa kedua walaupun 'diserang dengan laser' oleh penyokong Indonesia ketika bersedia untuk menghadapi sepakan sudut dan percuma pada 10 minit pertama.

Malaysia, turun dengan jersi biru dan berseluar hitam bagaimanapun berjaya bertahan sepanjang 45 minit pertama walaupun hampir keseluruhan permainan dikuasai lawan yang tidak mengenal erti putus asa menyerang Malaysia dengan sekurang-kurang 10 percubaan berbahaya dilancarkan ke kubu negara.

Ia bagaimanapun dinafikan dengan kecekapan Khairul Fahmi serta persefahaman yang tinggi dikalangan pemain pertahanan yang diketuai oleh dua pemain muda, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas.

Bersambung babak kedua, anak-anak buah Alfred Riedl terus mengasak namun usaha mereka itu memakan diri apabila melalui satu serangan balas Malaysia menjaringkan gol melalui rembatan kencang Mohd Safee Sali pada minit ke-53 untuk gol kelimanya pada kejohanan ini untuk menceriakan kira-kira 500 penyokong Harimau Malaya yang hadir di Jakarta.

Gol itu juga mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol meninggalkan ayam tambatan Indonesia Gonzales yang hanya mampu menjaringkan tiga gol.

Semakin terdesak untuk menjaringkan gol, Indonesia melakukan dua pertukaran serentak dengan mengeluarkan pemain berdarah kacukan Indonesia-Belanda, Irfan Haarys Bachdim dengan memasukkan bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas dan Eka Ramdani yang menggantikan kapten pasukan, Firman Utina.

Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bertindak balas dengan segera apabila mengeluarkan pemain tengah, Amar Rohidan untuk digantikan dengan pemain pertahanan, Mohd Razman Roslan. untuk menambahkan kesukaran Sang Garuda yang perlu mencari sekurang-kurangnya lima gol.

Namun usaha tidak mengenal putus asa akhirnya membuahkan hasil apabila percubaan pemain pertahanan, Mohammad Nasuha pada minit ke-71 menewaskan Khairul Fahmi untuk menggamatkan stadium. dengan sorakan penyokong Sang Garuda serta letusan bom asap.

Muhammad Ridwan menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-87 untuk keputusan 2-1 itu dan kekal sehingga wisel penamat ditiup bagi menobatkan Malaysia sebagai juara baru Piala AFF Suzuki 2010.

Tuesday, December 28, 2010

Dengkur gejala gangguan tidur.

OSA dan masalah dengkur yang berlaku akibat halangan pada laluan udara (gambar kiri) boleh dirawat menggunakan alat MAD yang menganjak kedudukan rahang bawah (gambar kanan).

Krohhh! krohhhhh! uughghghhh! sssyyy. Tidak kira sama ada bunyinya digambarkan seperti hon amaran kabus kapal laut, dengungan gergaji elektrik, guruh berdentum atau enjin buldozer, semua orang tahu apa yang dimaksudkan - dengkur.

Seorang pemandu pelancong memberi isyarat kepada saya ketika seorang rakan tidur dan berdengkur di dalam bas. Mujur ketika itu, rakan-rakan yang lain dibuai lena kerana keletihan. Teringat kata-kata Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Pantai Ampang, Dr. Raymond Tan, seseorang yang berdengkur biasanya berbadan besar. Melihat saiz tubuh rakan itu, saya mengiakan dalam hati. Saya membayangkan jika yang tidur itu adalah pemandu bas pelancongan itu, apakah nasib kami? Seseorang boleh tertidur pada siang hari kerana tidur malamnya sebenarnya tidak lena kerana ada gangguan tidur. Seperti nasihat Dr. Raymond secara berseloroh: "Jika saya ingin menaiki bas balik ke kampung dari Kuala Lumpur ke Kelantan, saya pasti tidak mahu menaiki bas yang dipandu oleh seseorang berbadan besar. Dia mungkin mengalami masalah dengkur ketika tidur dan cepat keletihan. Itu risiko kepada kemalangan."

Menurut Dr. Raymond, dengkur secara amnya berlaku apabila penyempitan salur udara menyebabkan pergolakan tekanan udara dan getaran palet lembut (lelangit) serta dinding farinks.

Getaran itu seterusnya menghasilkan bunyi khusus dengkur.

"Bahaya utama adalah apabila penghidap dengkur mempunyai Apnea Tidur Halangan (OSA) yang teruk, menyebabkannya berhenti bernafas lebih 30 saat, berulang kali semasa tidur.

''Oleh itu, individu yang berdengkur perlu menjalani ujian tertentu bagi menentukan klasifikasi dengkur biasa, sehinggalah ke tahap OSA yang teruk.

''Individu yang mengalami dengkur biasa tidak menghadapi banyak masalah selain bunyi dan keselesaan tidur (penghidap dan ahli keluarga).

Namun, individu yang berdengkur dengan kuat dan mengalami OSA yang teruk mungkin terjejas kesihatannya dalam jangka panjang," ujarnya.

Nafas terhenti

Mereka yang mengalami masalah OSA selalunya berada dalam keadaan separa sedar. Mereka juga biasanya tidak mengingati peristiwa tersebut walaupun tidurnya terganggu berulang kali sepanjang malam.

Bunyi dengkur akan menjadi lebih kuat dan tiba-tiba terhenti seketika akibat pernafasan terhenti berikutan saluran pernafasan dihalang (tertutup).

Halangan pada bekalan udara ke paru-paru ini akan menyebabkan kekurangan oksigen di dalam darah dan otak yang dikhuatiri akan membawa kepada banyak masalah kesihatan lain.

"Mereka yang menghidap OSA juga akan berasa letih selepas bangun tidur, sangat mengantuk serta kelihatan seperti mengalami masalah kemurungan.

''Kekurangan oksigen terutamanya ke otak bukan sahaja satu masalah kesihatan malahan boleh membawa maut jika dibiarkan berterusan,'' katanya.

Oleh itu, menurut Dr. Raymond, setiap orang perlu faham bahawa kitaran tidur, dengkur dan OSA amat berbahaya dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Lebih teruk lagi kadang-kadang ketika memandu sama ada waktu siang atau malam, seseorang boleh terlelap kerana dengkur.

Tahap teruknya apnea ditentukan melalui kiraan setiap jam, rendah (10 apnea sejam), sederhana (20 hingga 30) atau teruk (lebih 40 apnea sejam).

Dengkur dan apnea boleh menyebabkan kekurangan oksigen ke otak dan jantung, menjejaskan fungsi otak dan tekanan kepada jantung (jantung makin besar, denyut jantung dan pernafasan makin laju).

Gangguan tidur pesakit jelas kelihatan jika mereka masih mengantuk di waktu pagi sementara kanak-kanak kelihatan sukar memberi tumpuan.

Rawatan OSA

Rawatan paling umum OSA adalah tekanan berterusan laluan udara atau CPAP (Continuous Positive Airway Pressure). Rawatan lain termasuk menurunkan berat badan, ubat-ubatan secara oral, terap dan pembedahan.

Berat badan yang bertambah sememangnya menjadi faktor risiko berlakunya OSA.

Terbaik, berbincang dengan doktor untuk mendapatkan rawatan terbaik.

Liyana, Syamsul ‘bercinta’ dalam Khurafat

LIYANA Jasymay merupakan antara pelakon pelapis tempatan yang sentiasa komited dan membuat pelbagai persediaan sebelum berada di lokasi penggambaran filem.

Dia misalnya, mengkaji terlebih dahulu watak Aishah yang dilakonkannya menerusi filem Khurafat termasuklah cuba mencetuskan rasa cinta terhadap watak Johan lakonan Syamsul Yusof dalam filem itu.

Menurut Liyana, dia cuba melahirkan rasa cinta itu menerusi watak Aishah sewaktu bergandingan dengan Syamsul yang juga merupakan pengarah filem seram pertama terbitan Skop Production itu.

“Perasaan cinta itu saya harus rasakan sekurang-kurangnya 20 peratus saat melakonkan watak Aishah yang merupakan isteri kepada Johan. Sayangnya, apabila berada di lokasi penggambaran perasaan itu hilang.

“Bagaimanapun, selepas seminggu berlakon filem itu saya semakin rapat dan banyak berborak-borak dengan Syamsul barulah perasaan cinta pada Johan itu dapat saya rasakan.

“Cuma jangan salah faham, ini bukannya cinlok (cinta lokasi) tetapi hanya penghayatan untuk menguatkan lagi lakonan saya,” katanya sewaktu ditemui pada pratonton Khurafat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain cuba melahirkan rasa cintanya terhadap Johan dalam Khurafat, Liyana juga sanggup mengenakan tudung agar watak yang dilakonkannya itu berkesan bagi memberi kelainan dalam penampilannya.

Katanya, selama ini dia lebih banyak melakonkan watak gadis remaja yang tidak bertudung di mana pengalamannya dalam Khurafat sedikit sebanyak telah mempelbagaikan lagi karakter lakonannya di layar perak.

“Bukan setakat bertudung, malah ini juga kali pertama saya melakonkan watak seorang isteri. Walaupun saya masih muda tetapi saya pikul peranan itu atas keyakinan, apatah lagi saya telah mengkaji terlebih dahulu watak tersebut.

“Namun, sebelum menerima tawaran berlakon dalam Khurafat, saya tanya pendapat Bade Azmi. Dia (Bade) beri galakan kerana yakin dengan bakat dan kreativiti Syamsul sebagai pengarah filem ini,” ujarnya.

Sementara itu, Syamsul yang ditemui tidak menafikan dia cuba menghayati watak Johan dengan melahirkan rasa cintanya terhadap Aishah bagi menghidupkan adegan mereka sebagai pasangan suami isteri.

Jelas pengarah berusia 26 tahun ini, biarpun baru mengenali Liyana tetapi sebagai pelakon profesional dia cuba juga mencetuskan perasaan itu saat berada di lokasi di mana ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukannya.

“Saya akui memang susah melakonkan babak percintaan. Bagaimanapun, apabila berada di depan kamera, ‘perasaan cinta’ saya pada Aishah akan timbul,” jelasnya.

Sewaktu ditanya tentang Khurafat, jelas Syamsul, ia merupakan filem genre seram pertama arahannya biarpun sebelum ini dia lebih sinonim dengan filem aksi seperti Evolusi KL Drift .

Sungguhpun begitu, anak pengarah Datuk Yusof Haslam ini tidak memilih sebarang genre filem, sebaliknya bersedia untuk mengarahkan genre-genre lain jika diberi peluang oleh bapanya pada masa akan datang.

“Saya dapat pengiktirafan di Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini sebagai Pengarah Terbaik melalui filem Evolusi KL Drift 2 yang merupakan filem genre aksi. Saya anggap saya lebih relevan dengan filem aksi.

“Namun, saya masih dalam proses belajar di mana kalau boleh saya mahu mendalami setiap sudut dalam bidang seni termasuklah filem genre seram yang mencabar kreativiti saya.

“Contohnya, melalui filem ini saya cuba selitkan unsur-unsur keislaman di mana ia boleh dijadikan pengajaran buat para penonton. Kalau filem aksi mungkin sukar sedikit untuk menyelitkan elemen-elemen sebegitu,” tambahnya.

Khurafat yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 13 Januari tahun depan turut membariskan pelakon seperti seniwati veteran Mariani, Fauziah Nawi, Sabrina Ali dan Salina Saibi.

Man Keedal dan ‘itik’ comelnya

Man Keedal (kanan) dan Zailan bersama produk cenderamata edisi khas gitaris handalan itu.

SEBUT sahaja nama Man Keedal, sudah pasti ramai yang mengenali legenda rock itu. Walaupun kehadirannya dalam industri hiburan tanah air bukannya sebagai penyanyi, bakat yang dianugerahkan kepadanya selaku pemain gitar handalan, cukup membuatkan dirinya mendapat publisiti daripada pelbagai media.

Sedar atau tidak, pemilik nama sebenar Abdul Rahman Mahmood itu sudah pun bertapak dalam arena muzik tanah air selama 30 tahun, satu tempoh masa yang amat panjang.

Mula mencipta nama selaku pemain gitar utama kumpulan Lefthanded sekitar tahun 90-an, Man Keedal boleh dianggap jaguh gitar tempatan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan dia juga dikenali di persada antarabangsa.

Atas faktor itu, sebuah syarikat pengeluar cenderahati, Broadway Acres Sdn. Bhd. (BASB) mengeluarkan pelbagai jenis barangan untuk dijadikan cenderamata buat peminat Man Keedal.

Paling menarik, wajah Man Keedal turut diabadikan dalam satu bentuk cenderamata yang dinamakan Celebrityducks, sejenis cenderamata yang tinggi permintaannya di Amerika Syarikat (AS).

Berharga RM49.00 untuk setiap unit, cenderamata yang menampilkan wajah Man Keedal dengan paruh itik itu dilihat cukup unik untuk dijadikan koleksi peribadi bagi peminatnya.

Ketua Pegawai Operasi (COO) BASB, Zailan Razak yang ditemui di pejabatnya baru-baru ini memberitahu, Celebrityducks hanya akan dihasilkan buat artis - artis tertentu sahaja berdasarkan pencapaian mereka dalam apa jua bidang.

“Celebrityducks merupakan patung getah yang badannya menyerupai seekor itik. Akan tetapi, kepala itik itu akan menyamai wajah artis yang terpilih.

“Untuk menambah keunikan hadiah itu, mulut selebriti itu juga akan ditukar kepada paruh itik.

“Tidak kira apa jua bidang, asalkan individu itu dikenali dan bergelar selebriti, dia layak untuk dipilih bagi menghasilkan Celebrityducks menyerupainya,” jelas Zailan secara terperinci mengenai hadiah unik dan menarik itu.

Tambah Zailan, selebriti Malaysia yang pertama menghasilkan Celebrityducks ialah anggota kumpulan Bunkface kerana kejayaan yang dilakar mereka walaupun baru setahun dua bergelar artis.

Katanya lagi, setelah berbincang dengan Man Keedal, bintang rock itu setuju untuk bekerjasama dengan BASB bagi mengeluarkan produk tersebut sebanyak 2,000 unit.

Zailan yang juga bekas pensyarah muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menjelaskan, Man Keedal begitu istimewa buat industri seni Malaysia terutamanya dalam bidang muzik.

“Kehebatannya memang tiada tolok bandingannya. Maka, peminat tidak perlu hairan mengapa BASB memilih Man Keedal untuk mengeluarkan itik unik itu.

“Selain itu, kami turut mengeluarkan kemeja-T, cawan dan pelbagai jenis barangan lain lagi untuk dijadikan cenderamata,” ujar COO syarikat yang merupakan satu-satunya pengeluar cenderamata eksklusif Raja Pop, Michael Jackson di Malaysia itu.

Tuah Man Keedal

Sementara itu, ketika bertanyakan pemilihan artis berusia 47 tahun itu, Man Keedal cuma menadahkan tangan tanda syukurnya kerana diberi penghargaan sebegitu.

Menurut anak jati Johor itu, tidak ada syarikat lain yang pernah menawarkan tawaran sebegitu kepadanya sejak 30 tahun penglibatannya di persada muzik tanah air.

“Ia adalah penghormatan begitu tinggi yang pernah saya terima buat masa ini. Selain boleh dijadikan barangan koleksi buat peminat saya, sedikit sebanyak ia memberi pendapatan sampingan kepada saya dengan perolehan royalti hasil jualan produk tersebut.

“Saya pun sudah berusia. Saya tidak pasti selama mana saya boleh bertahan dalam bidang ini. Jadi, dengan penjualan barangan cenderamata ini, ia turut menyokong sumber kewangan saya kelak.

“Buat masa ini, saya telah menyatakan persetujuan untuk penghasilan Celebrityducks sebanyak 2,000 unit. Jika permintaan bertambah, saya akan terus bekerjasama dengan BASB,” katanya yang baru sahaja pulang dari menjelajah beberapa buah negara seperti Jerman, Russia, Thailand dan Jakarta untuk memenuhi undangan bermain muzik.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan seninya, Man Keedal kini sedang menumpukan kerjasamanya dengan beberapa artis luar negara untuk menjayakan persembahan pentas selain melebarkan rangkaian sosialnya.

Terbaru, awal tahun hadapan dia akan berangkat ke Brunei untuk beraksi dalam persembahan mini bersama artis-artis rock di sana.

Man Keedal turut memberitahu, dia juga ada terlibat dalam pembikinan sebuah lagu bersama kumpulan dari Indonesia untuk dimuatkan dalam album terbaru mereka.

Piala Suzuki: Keraguan aspek keselamatan tak jadi halangan

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Meskipun ada keraguan berhubung keselamatan pada perlawanan akhir kedua bola sepak Piala AFF Suzuki 2010, sekumpulan 300 penyokong tempatan tetap mahu bersama skuad negara ketika menentang pasukan tuan rumah di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam esok.

Peminat dari Selangor, Kelantan dan Johor yang dikumpulkan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta hari ini, bagi menemani skuad kebangsaan apabila berdepan Indonesia yang mereka tewaskan 3-0 pada Ahad lepas.

Presiden SSFC, Mohd Nasir Mohd Yunus berkata, kehadiran penyokong negara di sana itu telah dimaklumkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai jaminan keselamatan.

"Penyokong Malaysia tidak perlu takut kerana kekalutan mungkin hanya berlaku ketika perlawanan sahaja dan tidak akan merebak di luar stadium namun saya ingatkan penyokong negara agar senantiasa berwaspada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hari ini beberapa akhbar Indonesia melaporkan bahawa penyokong Malaysia tidak berani hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Paris gemuk dek cinta?

CUBA SOROK...Paris memastikan sebahagian badannya terlindung di sebalik pakaian ketika bersiar-siar di Pantai Maui, Hawaii.

KATA orang, bercinta boleh menjadikan se�seorang itu lebih berisi dan ia mungkin dapat dibuktikan dengan melihat tubuh Paris Hilton.

Sebelum ini, dia amat bangga dengan susuk tubuhnya yang ramping dan menawan, terutama apabila menyedari ada lensa kamera diarahkan kepadanya.
sebelum selepas

Minggu lalu, orang ramai yang bersantai di pantai Hawaii boleh melihat ada perubahan berlaku pada tubuh Paris.

Berbanding kelaziman Paris sebelum ini, selebriti berusia 29 tahun itu kelihatan cuba menyembunyikan susuk tubuh yang pernah dibangga-banggakan itu di bawah skirt longgar dan topi besar.


Kata saksi, agak aneh apabila Paris tiba-tiba jadi ‘pemalu’.


Di sebalik skirt agak besar daripada biasa, Paris cuba sedaya upaya menyorokkan keadaan pinggul dan pa�hanya.

Paris menyedari lensa ka�mera masih mengekori ke mana saja dia pergi tetapi keadaan itu tidak menggembirakannya.

Kata saksi, selain menyembunyikan susuk tubuhnya, Paris juga berlindung di sebalik adiknya, Nicky, dan kekasihnya, Cy Waits, ketika mereka menikmati hangat matahari di pantai.

Namun, peluang untuk jurugambar merakamkan rea�liti pada tubuh Paris tetap muncul akhirnya.

Ketika dia berdiri bersen�dirian mengambil gambar ke arah laut, detik yang dinantikan itu pun tiba.

Segera kamera jurugambar dapat merakamkan bentuk perutnya yang ketara menggelebeh berbanding sebelum ini.

Sepanjang hari itu, Paris ditemani Waits, 34, menghabiskan masa bersantai bersama Nicky dan teman lelakinya, David Katzenberg.

Mereka juga menyambut Krismas di pulau peranginan yang terkenal itu.

Sebelum itu, Paris juga dilihat cuba menyembunyikan susuk tubuhnya yang ‘membesar’ ketika dia dan Waits membeli-belah.

Turut dapat dilihat agak ketara, kebosanan Waits me�nunggu Paris memilih pakaian di rak butik.

Habis berbelanja, pasangan itu kelihatan bersahaja dan saling bermanja ketika berjalan di tepi pantai.

Menurut saksi, pasangan itu nampaknya benar-benar menikmati percutian Krismas.

Bagaimanapun, percutian itu sebenarnya tidak selancar yang diharapkan.
Pada peringkat awal lagi ada kekecohan berlaku.



Ketika di Los Angeles, Paris dan Waits serta semua penumpang diarah keluar dari pesawat yang bakal menerbangkan mereka ke Hawaii apabila ada orang ternampak sebilah pisau sepanjang 10 sentimeter disembunyikan dalam bekas bagasi.

Paris mencatatkan pengalaman itu dalam Twitter: “Kami baru saja akan berlepas apabila pegawai keselamatan me�ngarahkan kami keluar dari pesawat. Insiden itu memang menakutkan.”

Jumpa bayi dalam kedai tak siap

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di sebuah bangunan kedai dalam proses pembinaan dan tidak berpenghuni, di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, di sini, semalam.

Dalam penemuan kira-kira jam 10 pagi itu, bayi terbabit dipercayai ditinggalkan dengan keadaan berbalut kain.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Arjunaidi Mohammed berkata, bayi itu ditemui orang awam yang kebetulan melalui bangunan berkenaan dan mendengar tangisan bayi.

“Orang awam itu yang terkejut sebaik melihat bayi yang ditinggalkan di lantai bangunan tidak berpenghuni itu menghubungi polis.


“Hasil maklumat berkenaan, sepasukan polis pergi ke kawasan kejadian dan memeriksa bayi itu sebelum menghantarnya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya ketika dihubungi semalam.


Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bayi terbabit baru saja dilahirkan sebelum diletakkan di bangunan terbabit.

Bagaimanapun, bayi lelaki itu masih belum diketahui bangsanya dan siasatan masih dijalankan berhubung penemuan terbabit bagi mengenal pasti individu tidak bermoral yang mungkin berniat mahu membuang bayi itu.


“Siasatan awal kami belum dapat mengenal pasti bangsa bayi itu. Tunggu sehingga siasatan lanjut dijalankan selain memeriksa keadaan berhampiran bangunan itu sama ada mempunyai bukti lain seperti CCTV atau tidak,” katanya.

Arjunaidi berkata, polis sudah mengambil keterangan orang awam yang menemui bayi terbabit.


Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya atau balai berdekatan.

Sunday, December 26, 2010

(GAMBAR)Amy AF3 Lesbian?



Terkejut ungka sebentar kami apabila menerima email bertajuk gambar Amy AF3 lesbian daripada seorang pembaca. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan kerana sudi berkongsi info gosip sensasi artis Malaysia dengan kami.

Pastikan anda sudah membenam gambar Amy AF3 di atas ke dalam benak fikiran anda kerana gambar-gambar selepas ini memerlukan penelitian yang sangat tajam.

Kami tak berani nak confirmkan bahawa wanita di dalam gambar-gambar tersebut adalah Amy AF3. Harap anda buat penilaian anda sendiri.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat gambar-gambar Amy AF3 yang dikatakan beraksi seperti lesbian dan berikanlah pendapat anda.







Peguam Duda Anak Dua Jadi Pilihan Suami Rebecca Nur Islam



Tuah ayam nampak di kaki, tuah peguam duda anak dua dapat kawin dengan Rebecca Nur Islam. Bakal suami Rebecca, Nor Azam Datuk Sulaiman berumur 42 tahun manakala Rebecca berumur 24 tahun. Beza umur dekat 20 tahun. Ada Rebecca kisah? Yang penting kasih sayang dan kejantanan bakal suaminya memang memikat hati Rebecca. Lagipun kata orang lagi tua laki matang. Lagi tua lagi berpengalaman mengemudi bahtera perkahwinan. Tak gitu?


Dan korang jangan jeles sebab majlis kahwin Rebecca Nur Islam ada dibuat 3 hari 3 malam. Korang ada? 14 Januari nikah, 15 Januari bersanding ala-ala tradisional kat Hotel Flamingo dan 16hb bersanding ala-ala English kat Menara KL. Korang ada? Hebat tak hebat Rebecca nie. Kata orang kawin hanya sekali, alang-alang kawin biar sampai puas hati. Tak gitu?

Kami ucapkan tahniah kepada Rebecca selepas 3 tahun bercinta akhirnya bakal berkahwin jugak. Kagum kami dengan keupayaan suami Rebecca yang berjaya bertahan selama 3 tahun. Kalau kami jadi Nor Azam, 6 bulan bercinta terus kami ajak kawin. Mana tahan ada awek secun dan seseksi Rebecca Nur Islam. Tak gitu?

Tahniah!Malaysia Menang 3-0 Dalam Final Pertama Piala AFF Suzuki Menentang Indonesia



Korang nak cakap apa kami tak kisah dah. Malaysia main macam Manchester United tadi. Sepatutnya tambah 2,3 gol lagi. Tapi orang kata tak baik riak sangat. 3-0 sudah. Penyokong Indonesia balik confirm meroyan tak ingat. Hidup Malaysia. Hidup bola sepak Malaysia. I love you guys~~

Jumpa di Jakarta nanti.

P.S: Kami cadangkan K. Rajagobal (jurulatih Malaysia) diconsider untuk diberi gelaran Datuk. Bukan sebab kemenangan ini sahaja tapi sebab nampak team bola sepak Malaysia ada banyak peningkatan sejak dilatih oleh beliau. Ada sesiapa setuju?

P.P:S: Indonesia kata kita menang sebab gangguan laser. Kami kata Malaysia menang sebab Malaysia lebih bersemangat dan ghairah dengan sokongan padu puluhan ribu rakyat Malaysia.

Tak Ada Hiburan di Monas Selama Tahun Baru


Jakarta - Untuk mencegah menumpuknya massa dalam satu tempat saat perayaan Tahun Baru, Polda Metro Jaya tidak akan mengizinkan Lapangan Monas digunakan untuk pertunjukan hiburan.

"Monas kita buka untuk umum tapi kita tidak izinkan untuk acara khusus, misalnya acara band dan sejenisnya," ucap Kapolda Metro Jaya Irjen Pol Sutarman di lapangan Monas, Jakarta Pusat, Kamis (23/12/2010).

Namun Kapolda mengatakan jika untuk perayaan perorangan, lapangan Monas tetap dibuka. "Tapi silakan untuk perorangan, ini untuk terjadinya penyebaran pusat-pusat kegiatan masyarakat," katanya.

Kapolda menambahkan sudah menempatkan personil kepolisian, yang ada di seluruh jakarta dan sekitarnya. Kemudian juga ancaman keamanan seperti terorisme, kemacetan, sampai gangguan kriminalitas lainnya,
sudah diprediksi.

Dengan hal tersebut diharapkan untuk malam natal dan tahun baru nanti dapat dilakukan dengan nyaman aman tertib dan lancar dari masyarakat.

Azean Irdawati Disuruh Buat Wasiat



Kenapa tiba-tiba seniwati tersohor negara ini disuruh menulis surat wasiat? Ajal maut di tangan tuhan. Memang semua sedia maklum Azean Irdawaty sedang menanggung barah yang kini telahpun masuk ke tahap empat, namun ManggaOnline (MO) lihat wanita yang lebih mesra disapa Kak Yan ini semakin sihat dan sudah boleh berjalan tanpa bantuan sesiapa.


Sebenarnya kejadian ini berlaku semasa Kak Yan mendapatkan rawatan untuk penyakitnya dan doktor membuat perkiraan dia mungkin akan meninggal dunia sekitar Oktober lepas. Namun kuasa di tangan Allah yang menentukan segalanya dan syukur kini kesihatannya semakin pulih.


"Doktor sahkan barah Kak Yan kini tahap empat. Kalau ikut cakap doktor Kak Yan akan meninggal Oktober lepas melihatkan kepada keputusan scan yang dibuat. Waktu itu bulan Oktober 2008 dan dia ramal Kak Yan ada masa lagi dua tahun untuk hidup.

"Doktor tersebut nasihatkan Kak Yan untuk membuat surat wasiat. Menurutnya ramai yang tidak sempat berbuat demikian, Kak Yan dikira bernasib baik kerana boleh membuat persediaan awal menghadapi saat kematian.

"Namun setiap hari Kak Yan memohon kepada Allah agar dipanjang umur dan tidak mengambil nyawa selagi belum memeluk Benjy yang kini dalam tahanan," luah wanita tabah ini.

Tempoh rawatan yang panjang dengan kos perubatan yang mahal menyukarkannya meneruskan rawatan. 26 sesi kimoterapi dan 24 sesi radioterapi masih belum mampu memulihkan barah payudara yang dihidapi, malah tambah Kak Yan, dia tidak sanggup meneruskan rawatan kimoterapi yang disifatkan sangat menyakitkan.

"Kak Yan rasa sihat sekarang ini selepas beralih kepada rawatan alternatif. Kak Yan tak mampu untuk berjumpa doktor lagi sebab dulu Kak Yan berhabis lebih RM200 ribu untuk rawatan di hospital dan barah Kak Yan masih naik ke stage empat.

"Sekarang Kak Yan hanya amalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan Tuan Haji Lokman. Menurutnya setiap ayat dalam Al-Quran adalah ubat dan setiap kali Kak Yan pergi, dia akan bagi surah untuk diamalkan. Tuan Haji nasihatkan Kak Yan berhati-hatu buat rawatan kimoterapi kerana ia membahayakan kesihatan.

"Selain itu, Kak Yan juga amalkan Co Enzim Q10 sejak Januari lalu dan dalam masa tiga bulan Kak Yan mampu berjalan. Orang kena barah ni kalau kena panas cepat lesu dan kalau dulu untuk angkat pinggan pun tak boleh, tapi sekarang Kak Yan dah boleh menyapu sampah," katanya yang membelanjakan sekitar RM1000 sehingga RM2000 sebulan untuk rawatan alternatif.


MO tabik dengan Kak Yan yang begitu tabah menghadapi dugaan yang datang tak putus-putus dalam hidupnya. Malah primadona ini dilihat begitu tenang apabila persoalan mengenai Benjy terpacul dari kalangan teman media.

"Benjy sangat cekal. Kak Yan dapat berjumpa dia dua bulan sekali dan kadang kala dia akan menelefon saya dan meluahkan rindunya kepada saya, adik-adik dan anaknya. Kalau jumpa pun kami tak dapat bersentuhan, selalunya kami akan meletakkan tangan ke cermin seolah-olah sedang memegang tangan.

"Kak Yan berharap dia dapat keluar cepat dan kami dapat berjumpa sebelum Kak Yan pergi mengadap Ilahi. Hanya tuhan yang tahu apa yang Kak Yan harungi," katanya yang akan muncul dalam Teater Muzikal Tun Mahathir musim kedua.

MO - Semoga Allah SWT memberi Kak Yan kekuatan untuk menghadapi semua ini.

Konsert GEMURUH DT Tutup Tirai 2010



Selepas kejayaan Konsert GEMURUH DT di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Penang pada 18 Disember lalu, Wings dan Search bakal menutup tirai persembahan tahun 2010 di Surf Beach @ Sunway Lagoon pada 25 Disember ini.


RYE Productions dan DiGi Telecommunications cukup optimis lokasi itu dapat mencatatkan rekod bilangan penonton yang luar biasa sementelah ramai yang melahirkan rasa kecewa apabila gagal menonton persembahan Double Trouble di tiga buah lokasi sebelum ini.



Apa yang membanggakan, Search dan Wings merupakan dua kumpulan rock pertama tempatan yang diberi peluang mengadakan konsert di Surf Beach @ Sunway Lagoon yang sudah semestinya satu pengiktirafan untuk legenda rock seperti mereka.

Dua band otai ini bakal mendendangkan rangkaian lagu-lagu popular seperti Gadisku, Issabella, Pawana, Pelesit Kota,Rozana, Misteri Mimpi Syakilla, Bujang Senang, Opera Hidup, Sejati dan banyak lagi. Tidak dilupakan gabungan mantap mereka menerusi lagu Gemuruh iaitu lagu tema buat peminat Double Trouble yang telah melayakkan mereka menerima anugerah platinum berkembar atas kejayaan album tersebut yang telah terjual sebanyak 180,000 unit sekitar tahun 1992.

Malahan untuk memberi nafas segar dan sebagai tanda persembahan penutup tirai 2010, sebanyak 8 lagu persembahan Search dan Wings akan diiringi dengan assemble string professional. Tidak ketinggalan sebagai tanda penghormatan untuk Search & Wings, Azlan Typewriter, Hillary Ang dan Sham Wings akan bergabung dan membuat persembahan pembukaan pada hari tersebut.

Kami Rapat Tapi Tak Bercinta



Pasangan sejoli ini seperti belangkas. Jika ada majlis keraian, ManggaOnline (MO) lihat pasti kelibat keduanya akan bersama. Bunga-bunga kemesraan terpancar dalam hubungan mereka. Zizan Raja Lawak sering ditemani si jelitawan Juliana Evans, namun status mereka masih belum pasti. Sudahkah Zizan berjaya menawan sang bunga?

Mengakui hatinya cair dengan kejelitaan sang gadis yang lebih selesa di sapa Jue, namun katanya hubungan mereka masih lagi dalam peringkat perkenalan.

"Kami mula rapat waktu berlakon bersama dalam filem Hantu Bonceng. Memang senang ngam dengan Jue sebab dia chill dan tak hipokrit. Siapa tak cair tengok Jue, dia seorang yang sangat cantik dan terbuka berbincang apa sahaja.

"Kalau betul saya ada girlfriend, saya tak akan keluar terang-terangan begini. Saya lebih suka hal peribadi dirahsiakan.

"Buat masa sekarang kami masih kekal sebagai kawan dan saya belum bersedia untuk ada teman buat masa ini," kata Zizan yang tidak menolak jika ditakdirkan bercinta dengan Jue.

Tidak adil sekiranya MO hanya meminta pandangan jejaka akan hubungan rapat ini. Jue tersenyum lebar ketika diminta pandangan mengenai Zizan. Mengakui sedang berkawan rapat, namun katanya tidak mungkin mereka akan bercinta.

"Kami memang rapat dan selalu keluar lepak bersama. Jue suka berkawan dengan Zizan sebab dia memang seorang yang semulajadi kelakar, bukan hanya di dalam televisyen.

"Kami selalu kongsi masalah dan dia akan beri nasihat. Waktu itu dia akan serius tapi selalunya dia akan hiburkan Jue dengan lawaknya.

"Tapi Jue tak boleh melihat Zizan lebih daripada kawan. Tak tahulah akan datang nanti macam mana," ujar bekas kekasih Sam Bunkface ini.

2010 – Antara tawa dan tangisan



KURANG seminggu sebelum tirai 2010 dilabuhkan, kisah anak seni tempatan tercoret dengan pelbagai kisah. Cerita suka dan duka silih berganti mewarnai kanvas perjalanan industri seni negara.

Masih sama dengan cerita tahun terdahulu, cuma yang berbeza hanyalah insan seni dan bilangan peristiwa yang tidak pernah berkesudahan dilakar oleh anak seni tempatan.

Ramai yang menjadikan tahun 2010 sebagai penamat zaman bujang apatah lagi memilih tarikh 20 Oktober 2010 sebagai tarikh keramat untuk meraikan pernikahan termasuklah Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Di sebalik kegembiraan yang dijelmakan itu, banyak juga rumah tangga yang sedang berantakan dan menemui kehancuran setelah tiada lagi persefahaman yang dicapai antara pasangan.

Industri hiburan cukup dikejutkan dengan perceraian pelakon Maya Karin bersama suaminya, selain pengacara Raja Azura setelah bernikah lebih sepuluh tahun. Biarpun pada awalnya mereka menafikan sekeras-kerasnya cerita tersebut, tapi sebagai manusia biasa tidak ada apa yang mampu disorokkan.

2010 juga menyaksikan beberapa anak seni tempatan meninggal dunia menghadap Yang Maha Esa. Keberangkatan yang diiringi linangan air mata itu pastinya dirasai oleh peminat seni tempatan.

Ini termasuklah pelakon M. Rajoli yang akhirnya pergi tak kembali setelah sekian lama menderita dalam sakit yang panjang. Begitu juga dengan Shamrin, vokalis kumpulan Fotograf secara tiba-tiba, cukup membuatkan kita berasa hilang

Kepada pembaca, Pancaindera titipkan cerita sepanjang tahun 2010. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Semoga sinar 2011 memberikan cahaya kegemilangan buat semua.

BERTEMU JODOH

1 Januari - Serena Redzuawan akhirnya selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Gavin Edward o’Luanaigh yang di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Serena juga menerima wang hantaran berjumlah RM30,000 beserta 11 dulang hantaran.

8 Januari - Nor Aliah Lee yang juga merupakan bekas isteri Aziz M. Osman menamatkan zaman janda bersama Mohamed Zekri Ibrahim di Damansara, Selangor yang juga merupakan duda kepada anak dua.

23 Januari - Masing-masing masih terlalu baru dalam industri seni tempatan. Tapi itu semua tidak menghalang Along Raja Lawak untuk menyunting Zila AF4 sebagai suri dalam hidupnya.

6 Februari - Setelah sekian lama menyulam cinta, Diddy atau nama sebenarnya Shamsul Hirdi Muhid sah bergelar suami kepada Allen Nor Azah Musa di Pasir Gudang, Johor.

14 Mac - Memilih untuk melangsungkan perkahwinan di Tanah Suci Mekah, dramatis terkenal Umie Aida akhirnya bergelar isteri kepada Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.

20 Mac - Setelah lama membujang, akhirnya pelakon Zizan Nin selamat diijabkabulkan dengan wartawan penyiaran NTV7, Fazilah Hani Harun di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

6 Jun - Kehebatan Aziz M. Osman bukan terletak kepada kehebatan mengarah, tetapi turut sama hebat dalam mencari calon isteri. Dia memperisterikan Puteri Sarbainun Lok-

man yang baru berusia

21 ketika itu.

12 Jun - Bekas deejay Hot FM, Anne selamat dinikahkan dengan Nik Mahathir Nik Zainuddin di Bandar Sri Damansara. Anne kini menetap di Doha, Qatar kerana mengikut suaminya yang bertugas di sana.

12 Jun - Biarpun percintaan mereka dihalang oleh pihak pengantin perempuan, Harith Iskander sah menjadi suami kepada Jazamine Lim dalam suasana yang sederhana.

10 Julai - Pelakon Annahita Bakavoli memilih pegawai kepada seorang menteri kabinet, Datuk Saiful Baha Mohd Arshad sebagai suami. Majlis resepsi yang diadakan secara mereiah turut menyaksikan pelakon ini menerima wang hantaran berjumlah RM21,212.21.

9 Ogos - Ramai yang terkejut apabila mendapat tahu bekas isteri kepada Akhil Hayy ini menamatkan zaman janda dengan lelaki yang berbelas tahun lebih muda. Maizawati selamat dinikahkan dengan Mohd Yassin Rahim dan kini hamil anak ketujuh (sulung bersama suami baru).

4 September - Memilih bulan Ramadan untuk bernikah, Aida Aris memilih Husfarid Shaikh Ali sebagai suami setelah sekian lama menjanda. Pasangan ini dinikahkan oleh abang Aida, Amiruddin Mat Aris.

1 Oktober - Jimmy Shanley akhirnya bernikah dengan Nursuhaila yang juga merupakan anak kepada pengusaha kosmetik Natasya. Kini ramai yang membuat spekulasi mengenai rumah tangga mereka yang dikatakan sedang berantakan dan tidak lagi sebumbung.

1 Oktober - Tanpa banyak publisiti penyanyi Dia Fadilla akhirnya bergelar suri kepada Redza Abdullah Sanusi.

8 Oktober - Artis Bienda dan Kamarul Zaharin menjadi pasangan ‘panas’ apabila enggan mendedahkan tarikh mereka bernikah walaupun majlis resepsi berlangsung secara terbuka dan meriah. Kes ini membuatkan hubungan Bienda agak dingin dengan pihak media. Tentulah sesuatu yang pelik kerana selama ini tidak pernah ada artis yang merahsiakan tarikh pernikahan, kecualilah bernikah secara rahsia.

10 Oktober - Menyorokkan majlis pertunangan , pelakon Aqasha selamat bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri.

27 Oktober - Bernikah secara ‘misteri’, Saerah yang juga merupakan adik kepada Siti Nurhaliza sudah bergelar isteri kepada Saiful Anuar. Majlis diadakan secara tertutup dan dihadiri keluarga terdekat sahaja.

19 November - Penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal mengakhiri zaman gadisnya apabila selamat diijabkabulkan dengan Khairul Anuar Hussin.

12 November - Satu lagi pasangan ‘panas’ berkahwin. Akhirnya Raja Farah selamat diijabkabulkan dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria.Kasihan Farah yang terpaksa menelah fitnah beberapa hari sebelum pernikahannya dan sekarang sudah terbukti yang pelakon itu tidak mengandung sebelum bernikah bagai yang diperkatakan.

16 Disember - Marion Rose Caunter, 30, selamat diijab kabul dengan SM Nasaruddin Tan Sri SM Nasimuddin, 27. Majlis berlangsung di teratak milik keluarga mempelai lelaki di ibu negara.

Pernikahan Marion atau nama Islamnya, Marion Rose Caunter Abdullah dengan penerus legasi NAZA, usahawan permotoran itu dijalankan dalam sebuah majlis tertutup, hanya dihadiri keluarga serta sahabat rapat.

PERGI TAK KEMBALI

21 Mac - Penyanyi yang dicungkil bakatnya melalui program Mentor musim pertama Yanie meninggal dunia akibat ketumbuhan paru-paru. Dia meninggalkan suami dan seorang anak.

2 April - Setelah bertarung dengan kesakitan, akhirnya pelawak Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor akibat demam denggi berdarah.

17 April - Dunia seni tempatan cukup dikejutkan dengan kematian Achik Spin akibat kemalangan jalan raya. Arwah yang baru pulang daripada RTM ketika itu meninggalkan isteri dan dua cahaya mata.

5 September - Akibat komplikasi jantung dan paru-paru, pelawak Yusuf Chong menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor.

17 September - Derita akibat kanser kelenjar otak, M Rajoli akhirnya meninggal dunia setelah bertarung dengan penyakit itu sejak tiga tahun lalu. Pemergiannya cukup dirasai oleh kebanyakan peminat setianya.

17 Oktober - Akibat sakit jantung, pelakon hebat Yalal Chin yang terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.15 pagi.

11 November - Kemunculan untuk kembali aktif dalam dunia seni tempatan merupakan kenangan akhir vokalis kumpulan Fotograf ini. Shamrin meninggal dunia setelah rebah ketika bermain bola sepak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

KONTROVERSI

MAHKAMAH

24 Febuari - Bekas penyanyi Exist, Mamat disahkan bercerai dengan isterinya Marshila Mustapa.

25 Mac - Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki dadah.

6 Mei - Rita Rudaini Mokhtar dan suaminya, Mohd. Aidil Zafuan didenda RM500 atau penjara 15 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah bernikah di luar kariah tanpa kebenaran mahkamah.

17 Mei - Tuntutan cerai fasakh oleh penyanyi Erema terhadap suaminya, Seri Bayu yang juga seorang penulis lirik, digugurkan setelah dua kali artis wanita itu gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

17 Mei - Mael XPDC didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor atas tuduhan memukul anak perempuannya yang berusia 16 tahun.

19 Mei - Mahkamah Rendah Syariah menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang mengaku bersalah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah sementara isterinya, pelakon Zizie Izzette didenda RM1,000.

20 Mei - Ramlah Ram bagaikan menutup segala spekulasi apabila sah bercerai dengan Kamal Roslin setelah 10 tahun melayari rumah tangga.

8 Jun - Radhi OAG dan pasangannya, Shazlin Shariff disahkan sebagai suami isteri oleh mahkamah, akhirnya pasangan itu bercerai talak satu secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

25 Jun - Anne Ngasri yang sedang mengandung anak ketiga, sah bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

16 Julai - Pelakon, Maya Karin dan suaminya, Steven David Shorthose sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

26 Ogos - Joe Radzwill melafazkan talak satu terhadap isterinya yang juga pelakon, Aida Khalida di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

1 September - Roslin Hashim dan isterinya, Nurhayati Othman telah bercerai talak satu pada 7 Ogos lalu di bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Nama Raja Azmi turut terheret sama dalam konflik rumah tangga pasangan ini.

22 September - Badrul Muhayat melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Julia Daud di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang.

28 September - Biarpun banyak kali menafikan masalah rumah tangga mereka berantakan, akhirnya Raja Azura sah bercerai dengan Adzmin Tan Sri Osman secara tertutup.

27 Oktober - Aleeza Kassim disahkan bercerai dengan suaminya, Datuk Mohd. Fauzi Che Rus di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

28 Oktober - AC Mizal terselamat daripada hukuman penjara setelah dia serta-merta memasukkan RM9,800 ke dalam akaun bank bekas isterinya, Shafnie Zainuddin untuk bayaran nafkah anak.

1 November - Ameng Spring dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur setelah didapati bersalah memasukkan dadah ke dalam badan pada April lalu. Penyanyi itu sedang membuat rayuan terhadap hukuman.

2 November - Lans Koperal Mohamed Ya‘cob Demyati kekal menjalani hukuman gantung atas kesalahan membunuh penyanyi kumpulan Spoon, Sabi‘ul Malik Shafiee atau Along , hampir 11 tahun lalu setelah rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

40 tahun kekal sendiri



LALUAN yang disusurinya itu bukan satu laluan yang asing. Entah mengapa laluan itu kadangkala bagaikan jerangkap samar yang bila-bila sahaja boleh menjerat dirinya.

Semakin banyak dia berhati-hati, semakin banyak onak duri yang terpaksa diharungi. Tapi itu bukan masalah yang besar buat lelaki penakluk ini memandangkan dia sudah tegar dengan karma sebagai anak seni.

Untuk memuaskan hati semua orang, itu adalah mustahil. Akui Anuar Zain dalam satu pertemuan baru-baru ini, dia cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua, tapi dia tak mampu.

Sebagai manusia biasa, itu tidak mungkin terjadi. Lantas dia cukup menghormati pendirian orang lain sama ada mahu terus meminati dirinya atau tidak. Asalkan dia tidak memberikan masalah kepada semua.

Bukan mudah untuk menjadi figura dambaan jutaan peminat di sini. Dirinya sering sahaja terhimpit dalam kancah kontroversi sehingga membuatkan dia lali.

Tidak mahu terus terbawa dalam emosi sendiri, dia yakin percaturannya kini berada dalam landasan yang betul. Membiarkan sahaja nista orang berlalu kerana kebenaran itu pasti muncul semula.

Semakin ramai yang meminatinya, tidak kurang juga yang kurang senang dengan kelibatnya. Tapi harus diingat, Anuar Zain hanya ada satu di Malaysia.

Berpeluang bertemu figura pujaan ramai di penthouse mewah milik hotel terkemuka ini cukup santai. Satu persatu cerita dibuka oleh lelaki yang cukup terkenal dengan lagu Lelaki Ini tanpa berselindung lagi.

Dari soal peribadi sehinggalah perancangan tahun 2011 dirungkai tanpa sebarang prasangka. Bagi Anuar, sebagai manusia biasa dia juga layak untuk membuat apa sahaja seperti orang lain.

“Saya masih lagi Anuar Zain yang dulu. Masih minum teh tarik di kedai mamak dan melepak bersama kawan-kawan yang lain. Tidak ada bezanya seperti mana yang didakwa orang lain,” betah Anuar.

Masih sendirian

Melangkau usia 40 tahun cukup memberikan banyak pengalaman kepada sesiapa juga. Dalam fasa usia begini, ramai yang cukup bahagia melayari kehidupan tambahan pula dikelilingi anak-anak dan insan tersayang.

Tapi, dalam usia begini Anuar masih sendiri. Bersedirian mengharungi kehidupan sedangkan orang lain enak membuai rasa indah dengan orang yang mereka cintai.

Kalau diikutkan bukan sekarang sahaja isu ini melingkari dirinya. Sudah bertahun-tahun dia menghadapi soalan yang sama sampaikan sudah penat untuk menjawabnya.

Cukup klise dengan persoalan ini, Anuar mengambil keputusan tidak mahu mengelak. Baginya setiap orang berhak untuk bertanyakan apa sahaja mengenai dirinya termasuklah soal jodoh.

“Saya reda dengan kehidupan hari ini. Biarpun soalan yang ditanya kepada saya, jawapannya tetap sama. Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan tak pernah terlintas dalam hati saya untuk sedih dengan apa yang telah berlaku.

“Saya tahu ada yang terbaik untuk diri saya. Hidup sendirian bukan satu perkara yang menjengkelkan. Kalau orang lain nak sakitkan otak kerana masih bersendirian, saya tak tahu.

“Mungkin jodoh saya belum sampai. Sebagai hamba Allah, aturan hidup kita sudah ada. Terpulang kepada kita nak laluinya bagaimana.

“Saya masih ada anak saudara yang ramai, ada pengurus yang cukup setia dari dulu lagi dan mempunyai ramai kawan-kawan yang berkualiti.

“Jadi tak timbul masalah masih sendiri kerana saya gembira dengan kehidupan hari ini. Ada banyak lagi perkara lain yang saya kena fikirkan dan kena buat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Kalau boleh biarlah saya tenang. Saya tak mahu rosakkan jiwa dengan persoalan masih membujang. Saya tidak ‘berdrama’ mengenainya,” ungkap Anuar satu persatu.

Dalam nada yang cukup merendah diri, Anuar yakin pertambahan usia setahun ke setahun itu memberikan kematangan yang besar pada dirinya.

Jelasnya, setiap hari dia tidak pernah lupa memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar diberikan rezeki berpanjangan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan.

Positif

Kalau diikutkan sejarah, pembabitan Anuar dalam arena seni suara sudah bermula seawal 13 tahun lagi. Mendiamkan diri seketika kerana mengejar cita-cita untuk terbang ke awan biru, Anuar akur bidang seni merupakan lubuk yang harus diteroka.

Adat sebagai anak seni, dia tidak pernah terlepas dari prasangka buruk orang. Semakin banyak dia menafikan, semakin ramai yang menjatuhkan hukuman sendiri.

Ditambah dengan kecanggihan era teknologi tanpa sempadan ini, dia tahu dirinya sering menjadi sasaran pihak yang tak bertanggungjawab menyebarkan cerita yang tak benar.

“Saya tahu banyak cerita negatif mengenai saya dipaparkan di pelbagai laman sosial. Kadangkala saya sendiri tak tahu tetapi orang lain lebih tahu dari saya.

“Saya tak kenal orang itu. Orang itu pun tak pernah mengenali saya. Jadi bagaimana dia boleh bercerita hal saya? Ini yang kerap kali berlaku.

“Itu belum lagi gosip yang langsung tak enak untuk didengar. Membuat cerita sampai boleh menimbulkan masalah besar kepada saya sendiri,” jelasnya tanpa berselindung.

Jika artis lain menggunakan laman sosial sebagai tempat meluah rasa mahupun medium interaksi bersama peminat, akui lelaki ini dia tidak pernah ada semua itu.

Bukan ditinggalkan teknologi sebaliknya cukuplah cerita apa sahaja yang dipaparkan di media massa mengenai dirinya diketahui umum. Dia tidak mahu terus berkongsi cerita peribadi untuk ditatap peminat selain soal keselamatan jadi agenda utama.

“Semua orang perlu bertanggungjawab! Adakah orang yang menggunakan laman sosial itu bertanggungjawab? Kalau dia kata ada Anuar Zain ada di sini dan orang yang tak bertanggungjawab datang buat perkara yang tak baik, siapa nak tanggung?

“Memang soal privacy cukup penting buat saya. Jangan ambil gambar curi sebab itu perbuatan biadab. Kalau nak apa kata cakap baik-baik dan saya akan layan baik juga. Kenapa masih ramai yang buat begitu?

“Kita kena ingat, manusia semakin kejam. Mereka kejam pada jari yang menulis sehingga menimbulkan masalah besar. Ini yang tak elok,” jelas Anuar satu persatu.

Album baru

Bakal muncul dengan album baru, bagaikan memberikan satu tenaga baru buat pelakon utama filem Bintang Hati ini. Seperti ada satu kuasa baru yang menyuntik dirinya untuk terus berbicara mengenai perancangan 2011.

Jika mengikut jadual asal, dia mahu menyasarkan untuk keluar dengan buah tangan terbaru pada bulan September. Namun segala-galanya masih lagi belum terjawab sehingga menginjak bulan Disember ini.

Ramai yang tahu Anuar cukup mementingkan kesempurnaan. Sudah pasti setiap pelaburan yang dikeluarkan itu cukup memuaskan hati setidak-tidaknya dia boleh tidur lena nanti.

“Semuanya masih dalam proses adunan terakhir dan hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk dilancarkan. Saya tahu ramai yang ternanti-nantikan album baru setelah lama menyepi tanpa sebarang produk.

“Sempurna atau tidak bukan satu ukuran kerana saya mahu mencari kepuasan. Buat album bukan satu perkara yang mudah, banyak wang yang terpaksa dilaburkan dan sudah pasti menuntut pengorbanan yang lebih.

“Kalau semuanya cukup memuaskan hati, sampai bila-bila pun saya akan bangga dengannya. Membuat kerja dengan teliti ini memang remeh tapi hasilnya akan jadi yang terbaik,” katanya lagi.

Cukup bangga dengan sambutan yang diterima melalui single Ku Berjanji Kerna Cinta yang kerap kali diputarkan di corong-corong radio, kini debarnya memuncak apabila lagu Sedetik Lebih mula menemui peminat.

Bagi Anuar tidak ada apa yang lebih penting selain mahu melihat lagu tersebut mencuri tumpuan tambahan pula ia bakal termuat sebagai lagu runut bunyi untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa nanti.

Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim ini dirakamkan secara langsung bersama Orkestra Filharmonik Petronas yang turut dibarisi oleh 40 pemuzik profesional.

Menariknya, ia turut dirakamkan dalam bahasa Inggeris dengan judul The Memories .

Utusan Malaysia Online - Hiburan

Utusan Malaysia Online - Hiburan

Friday, December 24, 2010

Polis rampas pistol, 2 ditahan




JOHOR BAHRU 23 Dis. - Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata api dan merampas sepucuk pistol serta lapan butir peluru di Jalan Permas 11, di sini pada Selasa lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 37 dan 38 tahun itu ditahan dua anggota polis yang ketika itu menjalankan rondaan di Permas Jaya pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, sewaktu meronda, anggota polis terbabit menahan sebuah kereta jenis Honda Stream dalam keadaan mencurigakan yang dinaiki kedua-dua suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati, kenderaan tersebut dilaporkan hilang November lalu.

"Semasa melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap kenderaan itu, polis menemui sepucuk pistol jenis Caliber bersama lapan butir peluru .38 dan sepasang gari. Turut dijumpai, empat sarung muka berwarna hitam, enam utas kabel pengikat, dua sarung tangan berwarna putih dan empat telefon bimbit jenis Nokia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.

Siasatan lanjut, katanya mendapati salah seorang daripada suspek berkenaan mempunyai rekod lampau iaitu memiliki wang palsu.

Tambah Zainuddin, segala peralatan yang dijumpai di dalam kereta berkenaan digunakan untuk tujuan jenayah samun.

Malah, katanya, dengan penahanan dua suspek tersebut, polis percaya berjaya menyelesaikan sebanyak 21 kes samun yang berlaku di sekitar bandar raya ini.

Kedua-dua suspek kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, katanya.

Menurut beliau, siasatan lanjut juga sedang dijalankan bagi mengesan saki baki kumpulan berkenaan.

Bumiputera perlu ambil kesempatan

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) mendapati Dana Pembangunan Perniagaan Malaysia-Singapura (MSBDF) berjumlah RM5 juta tidak digunakan sepenuhnya.

Setiausaha Agung NCCIM, Datuk Syed Hussien Al Habshee berkata, dana yang ditubuhkan bersama oleh kerajaan Malaysia dan Singapura tiga tahun lalu itu itu hanya menyalurkan peruntukan sebanyak RM700,000 sahaja.

“Mana-mana syarikat yang berminat dengan peruntukkan yang disediakan, mereka boleh menghubungi NCCIM atau Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar tentang penganjuran seminar kaedah pemasaran produk herba, kosmetik dan makanan tempatan ke China yang akan diadakan bulan depan.

Dana itu disediakan untuk projek yang dijalankan secara bersama oleh syarikat dari Malaysia dan Singapura ke negara lain

Gesaan tersebut merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa lawatan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bersama Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) di Singapura pada minggu lepas.

Jelas Syed Hussien, kerjasama melalui peruntukkan tersebut penting memandangkan kedua-dua negara memiliki kelebihan tersendiri yang boleh digembleng untuk kepentingan bersama.

Beliau percaya, nilai dana itu akan bertambah pada tahun depan peruntukkan tidak digunakan sebelum ini.

Dalam pada itu, Syed Hussien turut menyarankan peniaga tempatan, khususnya bumiputera, mengambil kesempatan daripada dana yang disediakan oleh Bank Pembangunan Islam (IDB) sebanyak AS$2 bilion (RM6.2 bilion).

“IDB menyediakan dana ini bagi tujuan pembiayaan aktiviti eksport dan import sesama negara Islam daripada kalangan ahli Persidangan Negara-Negara Islam (OIC).

“Ini kerana, daripada 56 ahli OIC, nilai perdagangan sesama mereka hanya menyumbang 12 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan global,” ujarnya.

Katanya, IDB meletakkan sasaran pertumbuhan perdagangan sesama negara Islam meningkat tiga hingga empat peratus setiap tahun.

Beliau menyatakan negara ini memiliki pelbagai jenis produk yang dihasilkan tetapi tidak dipasarkan secara komersial untuk pasaran global.- 1Komuniti

Selamat pulang: Derita 10 bulan 12 hari diculik berakhir

KOTA KINABALU 24 Dis. – Selepas diculik sekumpulan lelaki bersenjata di selatan Filipina selama 10 bulan 12 hari, dua pekerja pelantar di ladang rumpai laut akhirnya tiba dari Filipina petang ini.

Tsen Vui Chung, 41, dan rakannya, Lai Wing Chou, 33, yang diculik di ladang rumpai air di Semporna pada 8 Februari lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang ini disambut ahli keluarga masing-masing.

Bagi Vui Chung, pembebasan mereka baru-baru ini cukup menggembirakan kerana segala penderitaan mereka sebagai tahanan kini telah berakhir.

Menurutnya, dengan tangan diikat selama 10 hari dan terpaksa berpindah randah lebih 100 kali bersama kumpulan pengganas merupakan pengalaman yang sukar dilupakan seumur hidup. – 1Komuniti

Apabila 'nakhoda' kapal jadi suri rumah





SUAMI sebagai nakhoda rumah tangga wajib mencari nafkah serta menyediakan keperluan terbaik buat keluarganya.

Isteri pula bertanggungjawab membantu suami menjaga anak-anak, makan minum, mengemas rumah dan kerukunan rumah tangga.

Bagaimanapun, perkembangan terkini menyaksikan ramai lelaki (suami) tinggal di rumah manakala isteri mereka mencari nafkah di luar.

Perkembangan ini tercetus berikutan masalah ekonomi dan pemberhentian pekerja yang banyak berlaku di kalangan bank, syarikat swasta dan industri.




Akibatnya, golongan lelaki yang tidak bekerja itu mengambil alih tugas wanita menjaga anak-anak, menghantar ke sekolah, memasak malah mengemas rumah.


Cerita suami menjadi suri rumah mungkin nampak pelik di zaman dulu, kini ia sesuatu yang realiti.

Ada yang melihat suami yang memilih menjadi suri rumah sebagai golongan yang 'berani' melakukan perubahan.

Namun, wajarkah aturan seperti itu berlaku dalam keluarga Islam?

Wajarkah seorang suami yang beragama Islam mengurus rumah tangga, manakala isterinya menjadi mencari nafkah buat keluarga?

Allah berfirman yang bermaksud: "Lelaki itu adalah pemimpin bagi perempuan sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (lelaki) memberi belanja dari hartanya (untuk perempuan). (Surah An-Nisa' ayat 34)

Yang dituntut ialah suami membantu isteri melakukan kerja di rumah sebagaimana Rasulullah pernah membantu isteri Baginda.

Rumah tangga yang berjaya dan berada dalam kebahagiaan ialah di dalamnya terdapat kerjasama bersepadu antara pasangan suami isteri.

Rasulullah menempatkan akhlak sebagai jalan utama untuk mencapai kebahagiaan. Baginda tidak pernah memaksa atau memberatkan isterinya.

Menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang berumah tangga (tanpa sebab) tidak bekerja mencari nafkah.

Memandangkan kini ramai wanita memegang jawatan penting dalam sesebuah organisasi, pasti mereka bergaji lebih besar daripada suami.

Jadi, apakah ia punca suami mengambil keputusan mudah meninggalkan karier untuk duduk di rumah.

Memang ada suami ikhlas berhenti kerja untuk menjaga dan memberi pendidikan sempurna kepada anak-anaknya.

Malah, ada yang serius membuat 'persiapan rapi' dengan mengambil kursus atau kelas memasak, jahitan serta menjaga sendiri anak di rumah tanpa menggunakan khidmat pembantu rumah.

Jelas, suami tidak boleh memandang enteng perkara ini kerana ia berkaitan soal maruah seorang suami. Mungkin ada suami yang terpaksa berhenti kerja atas sebab mengidap penyakit yang memerlukan mereka berehat.

Manusia perlu memahami bahawa Allah s.w.t bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang bermanfaat dan baik saja yang digalakkan dan dibenarkan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik" (Surah Al-Maidah ayat 4)

Wanita tidak diharamkan bekerja asalkan mereka tahu menjaga hukum yang ditentukan Islam. Sekalipun mereka bekerja, pendapatan yang diterima menjadi hak mutlak mereka.

Mereka tidak bertanggungjawab memberikan kepada suami melainkan atas dasar ihsan. Allah memberikan seorang lelaki dengan pelbagai kemampuan dan kelebihan berbanding wanita.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di bilik dan menunaikannya di bilik lebih baik dari menunaikannya di rumah dan menunaikan di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid." (Riwayat Abu Daud, Ahmad)

Kebanyakan wanita yang bekerja bagi membantu suami dan mereka tidak sekali-kali dibebankan dengan tugas menyara keluarga walaupun pendapatan yang diperoleh besar.

Meskipun pendapatan suami kecil, mereka perlu meletakkan peranan menjadi ketua keluarga mengatasi segala-galanya.

Kedudukan sebagai ketua keluarga itu tidak akan berubah sampai bila-bila.

Kedudukan isteri yang lebih menjawat jawatan tinggi atau melebihi suami dari segi kewangan bukan alasan melepaskan tanggungjawab itu kepada isteri.

Suami yang memilih menjadi suri rumah perlu meneliti keputusan mereka itu dan kembali menerima hakikat, sebagai nakhoda mereka bertanggungjawab terhadap rumah tangga.

Perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata ada dua keadaan suami duduk di rumah.

Pertama, tiada pekerjaan kedua, sengaja mengambil kesempatan ke atas isteri yang berpendapatan tinggi.

"Di dalam Islam, suami bertanggungjawab keluar mencari nafkah untuk diberikan kepada isterinya.

"Jika ada suami enggan bekerja dan mahu menjadi suri rumah, mereka perlu meletakkan martabatnya sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab menggalas segala urusan rumah tangganya," katanya.

Beliau berkata, maruah adalah satu kedudukan tinggi yang perlu dijaga dan dipelihara.

"Jika suami menjadi suri rumah dan mengharap rezeki daripada isteri, bermakna mereka menjadi golongan menerima yang boleh diarah.

"Sebagai ketua keluarga, mereka perlu menjadi individu yang tangannya berada di atas (golongan pemberi) sesuai dengan peranan mereka sebagai pentadbir keluarga," katanya.

Mohd Zawawi berkata suami perlu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya iaitu menyediakan isteri makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan serta tempat perlindungan.

"Suami yang membiarkan isteri yang mencari nafkah dan bersenang-lenang hasil pendapatan isteri adalah suami yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi syarak.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik." (Surah Al-Baqarah ayat 233)

Pernah Nabi Muhammad s.a.w selepas pulang daripada perang Tabuk baginda terlihat kulit tangan Saad bin Musa al-Ansari hangus kehitaman lalu mengambil tangannya dan menciumnya.

"Saad menyatakan tangannya jadi begitu disebabkan beliau mencangkul tanah untuk menanam pokok demi mencari nafkah buat keluarganya.

"Begitulah besarnya pengorbanan seorang suami yang bekerja keras mencari nafkah buat keluarga," katanya.

Beliau berkata, jika suami mengalami masalah kecacatan atau masalah lain yang tidak memungkinkan mereka bekerja termasuk terbabit dalam kemalangan, itu soal lain.

"Situasi itu di luar bidang kuasa manusia. Masalahnya, jika ada suami yang mengambil kesempatan di atas kelebihan isteri.

"Mereka hanya menjadi bebanan kepada isteri kerana duduk di rumah tanpa melakukan kerja. Suami pemalas sebegini tidak boleh menikmati hasil rezeki titik peluh isterinya dan ia menyalahi tuntutan agama Islam," katanya.

Gelagat pelik tarik perhatian






KOTA BHARU: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh bayi perempuannya berusia tujuh bulan dalam kejadian di Pasir Puteh pada 12 Disember lalu.

Tertuduh, Marsuzana Che Muda, 31, dituduh membunuh anak tunggalnya, Alia Miazara Mohd Azim, di sebuah rumah lot, Kampung Gual Tengah, Pasir Puteh, pada jam antara jam 4.30 hingga 5.30 pagi, pada tarikh berkenaan.

Marsuzana yang berdepan hukuman gantung mati mandatori kerana dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK), bagaimanapun sekadar mendengar pertuduhan dibacakan, selain tiada sebarang pengakuan direkodkan mahkamah.

Pada prosiding itu, tertuduh yang belum diwakili peguam bela dibawa ke mahkamah dengan memakai pakaian lokap berwarna ungu dan tangan bergari, selain kelihatan tenang mendengar pertuduhan dibacakan.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hamizah Ghazali di hadapan Majistret Norzakiyah Samsudin.


Terdahulu tertuduh dilihat diiringi polis mahkamah untuk mendengar pertuduhan dihadapinya pada jam 11 pagi, selain beberapa ahli keluarga terdekatnya juga hadir melihat prosiding di galeri awam.

Ketika diiringi polis, wanita berkenaan tersengih ketika gambarnya dirakamkan jurugambar dan gelagatnya turut menarik perhatian orang awam kerana berjalan ke arah lain, meskipun ketika itu polis memintanya naik tangga untuk ke mahkamah.

Sebaik kes selesai, dia terpaksa dipujuk masuk ke dalam kenderaan polis untuk dibawa ke lokap, selain mematikan diri selama tiga minit menyebabkan polis terpaksa menundukkan kepalanya untuk memudahkan urusan.

Norzakiyah menetapkan 25 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan patologi dan perubatan.

Akhbar sebelum ini melaporkan jeritan seorang ibu berusia 31 tahun di rumahnya di Kampung Gaal Tengah, di sini, membawa penemuan mengejutkan apabila dia ditemui memangku anaknya yang baru berusia enam bulan dalam keadaan kaku.

Slip periksa bawah lori




KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan tiga tidak sempat menunjukkan kepada ayahnya keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang baru diambilnya di sekolah apabila dia mati dalam keadaan mengerikan, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Simpang Tiga Kok Lanas, Selising, Pasir Puteh, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Siti Aisyah Zakaria, 15, yang membonceng motosikal ditunggang ibunya, Aziza Musa, 42, dirempuh lori pasir ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Banggol Chica, Kok Lanas, menyebabkan dua beranak itu terbunuh.

Akibat kejadian itu, Siti Aisyah terjatuh daripada motosikal sebelum dihempap kepala kanan lori berkenaan manakala ibunya tercampak atas jalan. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian.






Ayah Siti Aisyah, Zakaria Mohamad, 43, berkata, beberapa hari lalu dia memaklumkan kepada keluarganya untuk bercuti di Perdana Resort sambil mandi kolam pada Sabtu ini dan sudah pun membuat tempahan.


“Kami merancang bercuti di situ, tetapi kini semuanya tinggal kenangan apabila isteri dan anak yang menjadi harapan saya sudah pergi meninggalkan saya.


“Apa pun, saya reda dengan apa yang berlaku kerana sudah begini ketentuan takdir,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu memang mengejutkan kerana isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan, manakala Siti Aisyah, anak kedua daripada enam beradik nampak rajin dan ceria.

Kata Zakaria, kejadian malang menimpa isteri dan anaknya itu diketahuinya selepas dihubungi peniaga di kawasan berkenaan selepas melihat kemalangan itu.

“Saya yang ketika itu berada di Kem Desa Pahlawan Kok Lanas kerana berurusan menghantar baju sukan bergegas menunggang motosikal yang jaraknya dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Ketika itu, saya lihat kepala Siti Aisyah berada dekat dengan tayar belakang lori berkenaan, manakala isteri terlentang di tepi jalan berkenaan,” katanya.

Zakaria berkata, mayat isteri dan anak dibawa dengan kenderaan polis ke HUSM Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

Katanya, sebelum itu, isterinya yang juga pembantu kewangan di Kem Desa Pahlawan pulang menjemput anaknya bagi mengambil keputusan PMR di Sekolah Menengah Maahad Shamsul Maarif Perempuan, dekat Pulai Chondong, Machang.

“Saya hanya mengetahui keputusan PMR Siti Aisyah selepas dimaklumkan pihak sekolah dia memperoleh 4A 1B dan 1C,” katanya yang juga pesara tentera.

Menurutnya, jenazah isteri dan anaknya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tasik, Rantau Panjang, pada lewat malam atau pagi ini.

Hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya, Zakaria dikurniakan enam anak, masing-masing tiga lelaki dan perempuan berusia antara tujuh hingga 16 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku apabila lori yang dipandu lelaki berusia 40-an hilang kawalan dan akibatnya kenderaan berat itu terbalik.

“Siti Aisyah cedera teruk di kepala dan anggota badan manakala Aziza cedera parah di kepala.

“Dalam kemalangan sama, Proton Persona dan dua Proton Wira remuk di bahagian depan serta belakang, tetapi pemandunya tidak mengalami kecederaan dan kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Thursday, December 23, 2010

Mula Julai 2011


KERJA pembinaan fasa pertama projek Transit Aliran Massa (MRT) dianggarkan bernilai RM36 bilion yang menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang dimulakan Julai tahun depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, sehubungan itu tender bagi projek terbabit yang dijangka memakan masa lima tahun dibuka pada April 2011.


“Pemilihan bagi syarikat pelaksana projek ini dibuat secara telus dan penawaran dibuat secara terbuka kepada syarikat tempatan dan luar negara yang mempunyai kepakaran mengendalikan projek MRT.

“Projek ini tidak dibuat secara tergesa-gesa dan kerajaan memastikan ia berjalan mengikut jadual. Masih banyak perlu dilakukan selepas kerja pecah tanah dimulakan terutama urusan pengambilalihan tanah. Bagaimanapun, kami tidak mahu urusan pengambilalihan tanah menjadi penghalang kepada pelaksanaan projek ini,” katanya pada taklimat media mengenai MRT di Kuala Lumpur, semalam.


Beliau berkata, projek berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan Kementerian Kewangan bakal mewujudkan perantara tujuan khas (SPV) yang akan dipertanggungjawab melaksanakan urusan berkaitan pembiayaan infrastruktur.


“Kerja mendapatkan dana akan diputuskan pihak perantara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Kamal berkata, pelaksanaan projek MRT di Lembah Klang dianggarkan menjana antara RM3 bilion RM4 bilion setahun kepada pendapatan kasar negara ini dalam tempoh 10 tahun bermula tahun depan.

Ibu tidak suka bakal jurutera berniaga

SAYA tergerak berkongsi dilema yang dihadapi dan diharap Dr dapat membantu. Untuk pengetahuan, saya kini di semester akhir pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi swasta dalam bidang kejuruteraan dan bakal menamatkan pengajian dalam tempoh dua bulan.

Saya bukan pelajar yang mampu memperoleh keputusan cemerlang, justeru, tidak bercita-cita menjadi jurutera. Saya lebih berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri dan bersyukur kerana tidak terikat dengan pihak penaja pengajian. Saya bebas memilih kerja.

Namun, saya perlu berbincang dengan keluarga.

Bagaimanakah cara terbaik saya meyakinkan keluarga terutama ibu untuk merestui jalan yang bakal dipilih?


Saya bimbang jika mengecewakan keluarga kerana tidak berniat untuk menjadi jurutera.


Mereka tentu mengharapkan saya menjadi jurutera kerana mengambil aliran ini di universiti.

Baru-baru ini, saya bercakap dengan ibu supaya tidak menyewakan kedai miliknya kepada orang lain.

Namun, dia tidak setuju dan menyatakan saya akan mendapat kerja nanti.
Saya serius untuk menjalankan perniagaan sendiri kerana rasa puas melihat hasilnya.

Apa perlu saya lakukan untuk meyakinkan ibu? Dua kakak saya menyokong, tetapi ibu bukanlah jenis mudah dipujuk.

Buat pengetahuan, saya menjalankan perniagaan dalam talian secara sambilan di universiti sejak tahun kedua. Dengan duit keuntungan itu, saya bercadang untuk membuka kafe siber dan alat tulis di kampung yang terletak di pinggir bandar manakala kedai kepunyaan ibu terletak di lokasi strategik.

DALAM DILEMA
Pahang



J:PERNIAGAAN adalah pekerjaan mulia. Cita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan berjaya sememangnya digalakkan. Di universiti, pelbagai program dilakukan dalam usaha menggalakkan mahasiswa menjadi seorang usahawan. Subjek keusahawanan juga ditawarkan di universiti.

Dalam adik cuba meyakinkan ibu mengenai cita-cita ingin menjadi ahli perniagaan, adik perlu menunjukkan sikap serius dan perancangan perniagaan yang jelas kepada ibu. Buat satu kertas kerja yang lengkap mengenai perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang apa yang akan adik lakukan untuk memulakan, mengembangkan dan memajukan perniagaan.

Contohnya, apakah jenis perniagaan yang adik ingin diceburi?. Bagaimana modal untuk memulakan perniagaan, peluang atau agensi yang dapat memberi khidmat nasihat dan pinjaman, latihan bengkel perniagaan yang adik boleh ikuti. Tunjukkan kepada ibu contoh-contoh ahli perniagaan yang berjaya.
Sikap ibu yang tidak mudah dipujuk mungkin boleh dilenturkan jika adik menunjukkan sikap serius dan perancangan jelas serta teliti.

Minta juga sokongan kedua-dua kakak adik untuk memujuk ibu supaya bersetuju dengan cita-cita. Jelaskan kepada ibu, adik faham mengapa dia tidak menyokong keinginan adik untuk berniaga. Hormati pandangannya dan pada waktu sama, mohon ibu memberi sokongan padu atas cita-cita adik. Tunjukkan juga hasil positif perniagaan yang adik lakukan.

Dr doakan adik mampu memujuk ibu untuk menyokong cita-cita murni itu selain akan menjadi seorang ahli perniagaan berjaya hingga ke peringkat antarabangsa suatu hari nanti.