Thursday, December 23, 2010

Pelajar takut kembali ponteng

S:SAYA remaja lelaki berusia 15 tahun. Pada 2008, ayah mengalami serangan angin ahmar. Ketika itu saya �bersekolah dan tinggal bersama ibu bapa di utara. Ibu selalu menyu�sahkan saya dengan menyuruh menghantar dan menjemputnya di tempat kerja walaupun mempunyai kereta serta menyuruh ke pasar untuk membeli barangan dapur sehingga saya terpaksa ponteng sekolah disebabkan selalu lewat.

Sehinggalah saya �dibuang sekolah dan ibu tidak �mengetahui yang saya ponteng sekolah. Lantas, saya mengadu kepada kakak sulung yang bekerja di ibu kota agar membenarkan saya bersekolah dan tinggal bersama sehingga Penilaian Menengah Rendah (PMR) tamat. Kakak yang menjaga dan menitikberatkan hal pelajaran saya.

Baru-baru ini kakak dinaikkan pangkat dan bertukar tempat kerja di daerah lain dan saya harus bersekolah dan tinggal kembali bersama ibu bapa pada tahun depan.

Kakak juga buntu memikirkan hal saya kerana dia sangat bertanggungjawab terhadap adik-adik. Masalahnya, saya tidak mahu perkara ponteng sekolah berulang kembali sehingga terabai pelajaran. Ini kerana saya mudah berubah menjadi jahat walaupun tiada hasutan kawan kerana dikatakan sombong serta berlagak. Tolonglah saya menyelesaikan hal ini.



J: TENTU sukar dan bukan �mudah bagi ibu untuk menjalani kehidupan setelah ayah adik mengalami �serangan angin ahmar. Kini ibu terpaksa menjaga dan mengurus kehidupan keluarganya. Apabila adik tidak memberitahu ibu keadaan sebenar iaitu ponteng sekolah, sudah pasti ibu akan berterusan menyuruh adik membantunya.

Adik beruntung mempunyai kakak yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya dan tidak bersikap lepas tangan. Adik perlu ingat jasa kakak yang sudah banyak membantu. Apabila kakak mendapat kenaikan pangkat, adik perlu memberi sokongan kerana membabitkan masa depannya.

Untuk tidak mengulangi sejarah dibuang sekolah, adik mempunyai beberapa pilihan. Pilihan pertama ialah adik boleh turut mengikut kakak berpindah di tempat baru dan bersekolah di sana.

Selain itu, adik boleh tinggal di asrama sekolah. Minta bantuan kakak mencari sekolah yang boleh menempatkan adik di asrama. Adik juga boleh meminta pandangan guru pegawai bimbingan dan kaunseling di tempat sekolah adik mengenai masalah adik.

No comments:

Post a Comment